Hari ini, 4 April 2011, SClub telah mengadakan satu majlis Hi-Tea dan Mesyuarat Agung SClub kali ke 2. Walaupun semua staf dijemput hadir,namun kehadiran amat sederhana dan mungkin disebabkan promosi atau sifat kecaknaan masih lagi belum mantap.Pada masa yang sama juga semua Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah tidak dapat hadir kerana menghadiri satu program di luar kawasan Politeknik. Walau apa pun majlis ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat banyak input daripada warga ahlinya.
Antara input atau usul yang dibentangkan di dalam mesyuarat ini adalah :
1. Yuran Pendaftaran RM 2.00 perlu dimansuhkan bagi ahli lama.
2. SClub dimohon menyediakan satu maklumat kelebihan menjadi ahli kelab.
3. Melaksanakan aktiviti yang lebih berkesan dan membawa impak kepada ahli dan Politeknik.
4. Merencanakan secara sistematik aktiviti yang bakal dijalankan dan
5. Mewujudkan saluran informasi terkini mengenai SClub (Laman Web) --- Dah Siap... inilah web nya.
Pengerusi dan seluruh AJK kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menghadirinya dan insyaAllah akan cuba lebih gigih untuk menarik minat kakitangan untuk bernaung kembali di bawah satu Kelab iaitu SClub.
No comments:
Post a Comment